PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok mengenai rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan.
Keputusan itu dijadualkan disampaikan di mahkamah terbuka pada 2 petang oleh panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.
Pada hari yang sama, mahkamah juga akan menyampaikan keputusannya terhadap rayuan ketiga-tiga mereka untuk mencabar beberapa penemuan fakta oleh Mahkamah Tinggi, termasuk penemuan bahawa kebakaran yang berlaku di bilik Nazri "dilakukan dengan sengaja".
Sekiranya keputusan memihak kepada pendakwaan, kes itu akan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan Samirah serta dua remaja terbabit perlu membela diri.
Jika tidak, pembebasan terhadap ketiga-tiga mereka akan kekal.
Pada 23 Oktober tahun lepas, panel tiga hakim menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah dan dua remaja itu, melengkapkan hujahannya pada 23 Okt, manakala pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim selesai hujahan pada 17 Okt.
Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 49, yang juga balu Nazrin serta dua remaja yang kini berusia 21 dan 18 tahun, daripada pertuduhan membunuh Nazrin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka pada akhir kes.
Ketiga-tiga mereka dan seorang wanita Indonesia Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin, 45, di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 12 Jun 2018 hingga 4 pagi keesokannya.
Pada 30 Jun 2022, Samirah dan dua remaja berkenaan memfailkan rayuan untuk mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok mengenai rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah (foto) dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Nazrin Hassan. -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: PM ingatkan, beri projek pada yang layak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
reels test 4
Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
[TERKINI] Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8%
Bank Negara Malaysia laporkan inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8 peratus berikutan peningkatan sedikit pada inflasi teras iaitu apda kadar 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Usaha bawa pulang jemaah terkandas di Makkah: TH belum terima laporan rasmi
Mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Hashtag #SwiftiesForPalestine menjadi sohor kini di platform sosial X minggu ini susulan serangan Israel di Rafah.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Kim Jong Un ketuai latihan pelancar roket
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa latihan menembak 600mm pelbagai pelancar roket bersaiz besar yang dikendalikan tentera negara itu.
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Malaysia China komited kukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik
Malaysia dan Chian komited perkukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.